AD-DUNYA DARUL AMAL WAL AKHIRAH DARUL BAQA'
KRISIS DI DUNIA DAN AKHIRAT
Dunya kiye papan panggonan krisis. Wondem Nang syurga ora nana krisis maning. Nang neraka, krisis antarane penghunine dilayani tamat kelawan dewek dewek masing - masing disimbah azab panas yang bertambah-tambah. Adapun di dunia tempat kita duduk ini, krisis sentiasa berlaku dan ia sebahagian kehidupan. Kehidupan berlangsung dengan wujudnya krisis.
Jika tangan manusia tidak melakukannya, tangan Allah pula melakukannya. Krisis kemarau, krisis banjir dan tanah runtuh, malah krisis macam - macam wabak penyakit yang di luar tangan manusia. Kita dihidupkan dengan krisis dan dipaksa berkrisis.
Jika anda memahami ini, anda sebagai seorang muslim pastinya akan lebih mudah menerima hakikat bahawa dalam krisis itu ada hikmat. Ada jawaban yang anda perlukan dalam kehidupan anda. Justeru anda tidak boleh menempelaknya sebagai buruk atau membelakanginya demi kesucian diri. Allah menciptakannya dan setiap ciptaan Allah penuh dengan hikmah dan kebenaran yang tersembunyi dan nyata.
Jika anda menguasainya, anda akan memperolehi hikmah dan kebenaran itu. Jika anda gagal menguasainya, anda akan kempunan dan kehilangan pedoman dalam kehidupan. Justeru anda perlu bijak berhadapan dengan krisis. Jika anda mahu menang, anda mesti masuk berlawan dulu. Jika anda mengisytihar menang sebelum berlawan, anda akan ditertawakan. Jika anda menawan sebuah empayar pun, orang akan kata, itu empayar haram di perintah oleh bapak menteri haram yang makan gaji haram!
Sebenar - benarnya anda masa itu menghina diri sendiri dengan membunuh diri sendiri di hadapan khalayak semata - mata untuk membuktikan bahawa anda berani membunuh diri!
Justeru kita dihadapkan dengan krisis yang lebih besar. Krisis nilai dalam kehidupan. Kita perlukan guru yang mengajar kita nilai kehidupan. Ia bukan raja atau pemerintah. Guru kita adalah orang - orang yang berilmu di antara kita.
Kita disarankan agar mengambil kira pandangan para ulama, para pengamal undang – undang Islam, para cendiakawan Islam dan ilmuan Islam lain yang bersih dan berjuang di medan perjuangan yang luas. Mereka guru yang akan memimpin kita kepada nilai hidup yang membahagiakan. Hidup kita akan kembali sentosa dengan pemartabatan nilai dalam kehidupan.
Biar pun perak kita terlepas, asalkan emas kita miliki. Kebenaran adalah emas dalam kehidupan. Kebenaran adalah nilai kehidupan sebagaimana emas adalah nilai mengukur wang dan harta.
Syurga tiada krisis di dalamnya. Jika kita ingin selamat daripada krisis, kita mestilah jadi ahli syurga sebelum masuk syurga lagi. Ia hanya milik seorang muslim yang tunduk pada kebenaran tuhanNya.
PESANAN DAN PENGAJARAN :
SELAMAT BERAMAL...HADAPILAH DUNIA INI DENGAN ILMU,IMAN DAN AMAL UNTUK MENJADI BEKALAN DALAM MENGHADAPI KRISIS DI PADANG MAHSYAR KELAK..DUNIA TEMPAT BERAMAL, AKHIRAT TEMPAT UNTUK MENERIMA BALASAN/GANJARAN...WALLAHUA'LAM.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar